[SIRI 6]
𝐍𝐚𝐡, 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐨𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮-𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐧?
𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗺𝗲𝗵! 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 “𝗡𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗮 𝗯𝗮𝗿𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝗮𝗴𝗮”
𝙏𝙖𝙝𝙪𝙠𝙖𝙝 𝙖𝙣𝙙𝙖
𝗢𝘀𝘁𝗲𝗼𝗽𝗼𝗿𝗼𝘀𝗶𝘀 ini juga dikenali sebagai ‘silent killer’ (pembunuh senyap). Hal ini kerana, penyakit ini kebiasaannya tidak menunjukkan simptom sehingga bila terjadinya patah tulang atau retak tulang. Selain itu, proses ini memakan masa bertahun-tahun dan tidak ketara pada pandangan mata.
𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙊𝙨𝙩𝙚𝙤𝙥𝙤𝙧𝙤𝙨𝙞𝙨
𝙎𝙚𝙣𝙖𝙢𝙖𝙣 – Senaman akan menambah-baik sedikit ketumpatan mineral tulang dan mengurangkan peluang keretakan tulang terutamanya senaman dengan latihan kekuatan (weight bearing). Namun berpada-pada atau rujuk doktor (bagi yang mengalami osteoporosis).
𝙑𝙞𝙩𝙖𝙢𝙞𝙣 𝘿 – Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam menambahbaik penyerapan kalsium dari makanan dan mengurangkan kehilangan kalsium dari badan.
𝙆𝙖𝙡𝙨𝙞𝙪𝙢 – Amat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Saranan pengambilan ialah 800mg setiap hari bagi wanita dan lelaki
𝙎𝙪𝙥𝙡𝙚𝙢𝙚𝙣 – Antara suplemen lain yang boleh diambil ialah protein untuk membantu proses pembinaan tulang dan fosforus untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat.
𝙀𝙡𝙖𝙠 𝙈𝙚𝙧𝙤𝙠𝙤𝙠 – Merokok bukan sahaja meningkatkan kehilangan tulang, tetapi juga mempercepatkan menopaus dan mengganggu terapi estrogen.
𝙀𝙡𝙖𝙠 𝘼𝙡𝙠𝙤𝙝𝙤𝙡 – Alkohol bukan sahaja menyebabkan kehilangan jisim tulang, tetapi juga meningkatkan risiko patah tulang sekiranya mabuk.
𝙐𝙗𝙖𝙩-𝙐𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣 – Antara cadangan ubat dari doktor ialah Calcitonin, Bisphosphonates dan sebagainya mengikut keadaan anda. Ada kebaikan dan kesan sampingan bagi setiap ubat dan anda harus berbincang bersama doktor atau ahli farmasi dahulu.
𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶? 𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗥𝗜𝗠𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗼𝘀𝘁𝗲𝗼𝗽𝗼𝗿𝗼𝘀𝗶𝘀 𝗶𝗻𝗶. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗶𝘀𝗮𝘂! 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗵, 𝗻𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻.
𝔼𝕤𝕠𝕜 𝕒𝕕𝕒𝕝𝕒𝕙 𝕡𝕠𝕤𝕥𝕚𝕟𝕘 𝕥𝕖𝕣𝕒𝕜𝕙𝕚𝕣 𝕦𝕟𝕥𝕦𝕜 𝕤𝕚𝕣𝕚 𝕜𝕒𝕝𝕚 𝕚𝕟𝕚. ℂ𝕦𝕓𝕒 𝕥𝕖𝕜𝕒 𝕒𝕡𝕒 𝕡𝕖𝕟𝕘𝕠𝕟𝕘𝕤𝕚𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕥𝕖𝕣𝕦𝕤𝕟𝕪𝕒 ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan